Skip to main content

Tips mudah lulus loan rumah untuk yang berniaga sendiri

Tips mudah lulus loan rumah bagi peniaga

Korang bisnes sendiri dan teringin nak beli rumah. kalau ikutkan memang mampu kalau nak beli rumah. Tapi risau nak apply loan rumah sebab takut tak lulus kan. Jom Abam kongsikan Tips mudah lulus loan rumah untuk yang berniaga sendiri untuk panduan korang.

(1) Daftar syarikat dengan SSM 

(2) Buka akaun syarikat dengan bank. Semua duit bisnes dimasukkan ke dalam akaun tersebut

(3) Tetapkan berapa gaji bulanan yang mahu diambil dari bisnes tersebut. 

(4) Gaji bulanan itu harus sepadan dengan jumlah pinjaman rumah yang ingin diambil

(5) Setiap bulan pindahkan gaji ke dalam akaun peribadi. Jumlah yang sama. 

(6) Buat slip gaji dan tunjukkan dalam slip tersebut semua duit yang masuk dari akaun bisnes dan potongan yang dibuat (KWSP/cukai)

(7) Jika mahu, boleh buat caruman KWSP. Pengarah tidak wajib mencarum. Cukup setahun, bayar cukai personal. Ini WAJIB.

(8) Lakukan audit ke atas akaun syarikat.

(9) Jaga rekod CCRIS anda dengan baik (Rekod pembayaran hutang).

Ada sesetengah bank yang akan semak background syarikat kita.

Susun income dan semua dokumen dengan betul. InsyaAllah bank tiada masalah untuk luluskan loan kita.

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge