Skip to main content

Tanda-tanda penyakit kencing manis

Tanda-tanda penyakit kencing manis

Abam Nas nak share sikit tanda-tanda penyakit kencing manis untuk uolls sebagai langkah berwaspada terutamanya untuk uolls yang suka ambil makanan yang tinggi gula. Kalau uolls memang suka makanan dan minuman yang manis-manis memang wajib baca info ni.

 

Sebenarnya ada beberapa tanda-tanda penyakit kencing manis yang dapat uolls kesan sebagai gejala umum yang terjadi pada penghidap kencing manis. Walau bagaimanapun, tidak semua tanda dan gejala akan dialami oleh pesakit kencing manis. Diantara tanda-tandanya ialah:

 

  1. Jumlah air kencing yang dikeluarkan lebih banyak dan kerap kencing (Polyuria)
  2. Sering atau cepat rasa haus/dahaga (Polydipsia)
  3. Lapar yang berlebihan atau makan banyak (Polyphagia)
  4. Urin mengandungi paras gula yang tinggi  (Glycosuria)
  5. Berat badan turun mendadak
  6. Rasa kebas pada hujung saraf di telapak tangan & kaki
  7. Cepat penat dan lemah sepanjang masa
  8. Mengalami rabun penglihatan
  9. Luka lambat sembuh
  10. Mudah terkena jangkitan kuman terutama pada kulit.

 

Seseorang dikatakan menghidap kencing manis apabila paras gula dalam darahnya melebihi 7.0 mmol/L (berpuasa) atau 11.1 mmol/L (tidak berpuasa). Namun, kebanyakan gejala kencing manis hanya berlaku  apabila gula dalam darah melebihi 15 mmol/L.

 

Jangan tunggu sehingga uolls mendapat gejala kencing manis untuk mengetahui kehadiran kencing manis. Satu-satunya cara yang  tepat untuk mengetahuinya adalah dengan menjalani ujian darah.

Alat check kencing manis

Pemeriksaan ujian saringan ini boleh dibuat di mana-mana klinik kesihatan di Malaysia sekurang-kurangnya sekali setahun atau untuk lebih mudah atau nak dapatkan result awal, uolls boleh dapatkan alat untuk check bacaan gula dalam darah ni kat farmasi. Harganya adalah di bawah RM100.


Di pasaran terdapat bermacam-macam jenis produk kencing manis yang boleh diperolehi dengan mudah. Namun tahap keserasian produk dengan setiap orang adalah berbeza. Tahap keberkesanannya juga mungkin berbeza.

 

Diantara produk yang mendapat kepercayaan ramai ialah GC Tea. Ia terbukti mampu menurunkan kandungan gula dalam darah. Banyak testimoni GC Tea yang telah dikumpulkan daripada pengguna yang telah mengamalkannya. Maklumat lanjut uolls boleh baca artikel GC Tea baik untuk kencing manis.

 

Abam Nas

017-5710071

 

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge