Skip to main content

Risiko penyakit kencing manis

Risiko penyakit kencing manis

Ramai yang masih belum tahu tentang risiko penyakit kencing manis. Ramai beranggapan ia hanyalah penyakit biasa sehinggalah penyakit tersebut telah melarat dan menyebabkan penyakit lain pula yang datang.

 

Kesan jangka masa panjang bagi penyakit kencing manis mengambil masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk berkembang sekiranya paras gula dalam badan tidak terkawal sepanjang tempoh ini. Namun begitu, ada juga pesakit kencing manis yang didapati mempunyai kesan jangka masa panjang saat pertama kali dia dikesan mempunyai penyakit kencing manis. Mengapakah ini berlaku?

 

Ini berlaku kerana pesakit tersebut tiada tanda-tanda penyakit kencing manis dan tidak pernah berjumpa dengan doktor untuk membuat saringan kencing manis. Atau mungkin dia sudah lama mempunyai tanda-tanda penyakit kencing manis, namun dia tidak mengendahkannya dan tidak berjumpa dengan mana-mana doktor kerana tanda-tanda tersebut dianggap biasa.

 

Keadaan ini boleh berlanjutan sehingga beberapa bulan dan tahun. Pesakit seperti ini biasanya akan berjumpa dengan doktor jika keadaannya begitu tenat, iaitu bila dia telah mempunyai kesan-kesan jangka masa panjang kencing manis. Oleh sebab itu apabila dia berjumpa doktor saat dia sangat tenat, dia bukan sahaja diberitahu yang dia mempunyai kencing manis, malahan dia mungkin telah ada penyakit-penyakit yang lain. Penyakit-penyakit yang lain ini adalah merupakan kesan-kesan kencing manis yang tidak dikawal dengan baik.

 

Perkara ini adalah biasa bagi negara kita. Kebanyakan pesakit yang mempunyai tanda-tanda kencing manis takut untuk tampil berjumpa doktor pada permulaan tanda-tanda kencing manis itu dikesan. Sebenarnya, jika penyakit kencing manis itu dapat dikesan awal, langkah pengawalan paras gula dapat dilakukan segera. Ini akan membantu mencegah komplikasi kencing manis.

 

Paras gula dalam darah yang tidak terkawal untuk jangka masa yang panjang, boleh mengakibatkan kesan-kesan (komplikasi) akibat kencing manis. Komplikasi ini terbahagi kepada dua iaitu kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular) dan kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular).

Risiko penyakit kencing manis

Kesan kepada salur darah yang besar (macrovascular complication)

  1. Serangan jantung
  2. Halangan kepada laluan pembuluh salur darah (arteri) di kaki 
  3. Lumpuh (stroke) – samada sepenuhnya (tidak boleh berjalan, bercakap atau makan) atau lumpuh separuh badan

Risiko penyakit kencing manis

Kesan kepada salur darah yang kecil (microvascular complication)

  1. Kegagalan fungsi buah pinggang. Jika kegagalan kedua-dua fungsi buah pinggang adalah sepenuhnya, pesakit tersebut memerlukan dialysis.
  2. Mata yang kabur dan buta. Tiada jalan untuk sembuh daripada buta disebabkan oleh kencing manis (diabetes).
  3. Saraf yang kurang rangsangan (terutamanya di bahagian hujung tangan dan kaki). Pesakit biasa akan merasa kebas pada hujung kaki dan tangan. Dia juga mungkin kurang deria rasa (sakit/ panas) pada kaki dan tangan. Oleh itu, mereka kadangkala tidak perasan dan tidak sedar jika terpijak benda tajam atau berdiri di atas permukaan yang terlalu panas. Ini akan menyebabkan mereka mendapat luka yang tidak disedari di tapak kaki.
  4. Boleh juga mengakibatkan mati pucuk.

  

Kesan-kesan lain kencing manis

  1. Jangkitan kulat pada kulit. Biasanya terjadi kepada mereka yang mempunyai resistant terhadap insulin dan orang yang obese.
  2. Mudah mendapatkan apa jua jenis jangkitan termasuk jangkitan paru-paru.
  3. Jangkitan dan ulcer pada kaki. Disebabkan saraf yang kurang rangsangan, mereka mudah mendapat luka di kaki. Jika paras gula sentiasa tinggi di dalam darah, luka sudah pasti sukar untuk sembuh. Luka yang tidak sembuh disertai dengan jangkitan dan paras gula yang tinggi, menyebabkan jangkitan mudah untuk merebak. Apabila jangkitan merebak ke tulang di bahagian kaki, ini akan menyebabkan kaki dipotong untuk mengelakkan jangkitan daripada merebak ke bahagian lain dalam badan.

 

Jika kita lihat kesan-kesan ini semua adalah sangat teruk. Mata buta, lumpuh, kaki dipotong dan buah pinggang gagal berfungsi sehingga menyebabkan dialysis adalah perkara yang kita sama sekali tidak mahu terjadi kepada diri sendiri mahupun ahli keluarga yang lain. Oleh itu, bermula daripada sekarang, pilihlah untuk mencegah kencing manis. Jika anda sudah pun mempunyai kencing manis, pilihlah untuk mengawalnya dengan bijak.

 

Jika kencing manis masih diperingkat awal, korang boleh mengawalnya dengan menjaga pemakanan dan melakukan senaman. Jika kencing manis sudah teruk, korang perlu mengawalnya dengan mengambil ubat kencing manis yang dibekalkan oleh doktor. Ini kerana kencing manis tidak boleh dirawat, ia hanya boleh dikawal.

 

Kalau nak elakkan daripada terus mengambil ubat hospital, korang boleh cuba kawalan alternatif lain. Ada banyak herba dan tumbuhan yang mampu mengawal kencing manis. Diantaranya ialah Gymnema Sylvestre, Rooibos, Mulberry, Green Tea dan Stevia. Yang bestnya semua ni dah terkandung dalam GC Tea. Tak perlu lagi nak cari herba-herba ni secara berasingan. Untuk maklumat lanjut korang boleh baca artikel ni GC Tea baik untuk kencing manis.

 

Abam Nas

017-5710071

Related posts:

6 thoughts on “Risiko penyakit kencing manis

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge