Skip to main content

Makanan yang boleh alkalikan perut

Makanan yang alkalikan perut

Penjagaan perut adalah amat penting kerana kebanyakan penyakit bermula dari perut. Jika perut dijaga dengan baik insyaAllah kita akan lebih sihat. Kita digalakkan mengambil makanan yang beralkali. Banyak makanan yang boleh alkalikan perut, diantaranya ialah kismis dan buah tin, kedua-duanya merupakan makanan yang penting dan dianggap tinggi nilainya dikalangan orang-orang Islam, dan kedua-duanya adalah di antara makanan yang mengalkalikan perut.

Makanan yang alkalikan perut

Halia juga menghasilkan alkali dalam perut. Halia bukan sahaja terdapat di dalam kitab Perubatan Nabi tetapi juga disebut di dalam Al-Quran iaitu dalam surah Al-Insaan ayat 17. Halia dikatakan menjadi salah satu ramuan dalam sejenis minuman yang diberikan kepada ahli syurga. Ini merupakan satu nikmat yang besar kerana Allah Yang Maha Pemurah memberi kepada kaum manusia di dunia ini sesuatu yang terdapat di syurga, seperti juga buah delima dan anggur. Sudah pastinya ada keistimewaan yang luarbiasa pada makanan-makanan ini yang mendapat tempat di syurga dan dalam Al-Quran.

 

Asid gastrik adalah cecair yang dihasilkan dalam perut untuk proses penghadaman terutamanya protin. Cecair ini bersifat asid dengan pH serendah 1 atau 2. Masalah gastrik berlaku apabila terdapat keradangan pada dinding usus dan mengeluarkan jus gastrik yang berlebihan. 

Makanan yang alkalikan perut

Tembikai adalah buah yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi dan juga adalah pengalkali perut. Rasululah SAW menyarankan pemakanan yang terdapat di tempat duduk sendiri oleh yang demikan, buah-buahan tempatan adalah yang terbaik untuk penduduk Malaysia. Makan buah tembikai sebelum nasi, bukan di penghujungnya.

Makanan yang alkalikan perut

Badam – juga merupakan penawar dalam Perubatan Nabi untuk  merawat masalah perut, rupanya ia adalah diantara kekacang yang mengalkalikan perut. Hazelnut juga adalah baik untuk perut.

Makanan yang alkalikan perut

Sayur-sayuran yang mengalkalikan perut termasuk lobak, labu, lada bengal, kacang pis, brokoli, bit dan timun.

 

Kayu manis dan jintan manis – dua jenis rempah yang mengalkalikan perut dan juga menjadi penawar dalam Perubatan Nabi.

Makanan yang alkalikan perut

Hampir kesemua herba menghasilkan alkali. Herba adalah sebahagian penting dalam Perubatan Nabi. Halba (gambar atas) dianggap sebagai bernilai seperti emas oleh tabib-tabib Islam di zaman Nabi. Selain dari halba, herba lain yang disebut dalam kitab Perubatan Nabi ialah basil, cumin, chicory, marjoram, dill dan thyme.

Makanan yang alkalikan perut

Stevia – betul-betul satu keajaiban dan rahmat Allah swt.  Daunnya teramat manis, hanya dua titik "liquid extract" daun ini mampu memaniskan secawan besar teh. Tetapi bukan setakat itu sahaja, khasiatnya amat menakjubkan, ia dapat mengimbangi kandungan gula dalam darah dan tekanan darah. Dan lebih penting, daun stevia menghasilkan alkali dalam perut.

 

Pelbagai makanan yang menjadi penawar dalam Perubatan Nabi dan kandungan potassium selalu di sebutkan. Ini adalah kerana potassium adalah salah satu mineral yang mengalkalikan perut. Selain daripada itu kalsium, magnesium dan sodium juga berfungsi sama seperti potassium. Oleh itu, Garam Kristal Himalaya atau Garam Bukit adalah sumber makanan yang amat penting kerana ia adalah garam tinggi potassium dan ia mengandungi mineral-mineral lain dalam kadar yang cukup tepat untuk keperluan tubuh manusia. Tidak hairanlah mengapa Rasulullah SAW sentiasa mengamal secubit garam sebelum makan – amalan ini menyediakan perut supaya mencerna makanan dengan baik.

 

Di antara makanan yang menjadikan perut berasid ialah jagung, kebanyakan bijirin, keju, kopi, koko, kebanyakan minyak sayuran, kacang soya, walnut, peanut dan gajus, kebanyakan protin binatang namun makanan-makanan ini mempunyai khasiat yang lain-lain yang baik untuk kesihatan. Oleh itu, sumber pemakanan yang 20% yang mengasidkan perut harusnya datang dari pemakanan dari kumpulan ini.

 

Pemakanan yang mengasidkan dan tiada khasiat yang baik bagi tubuh malah membahayakan kesihatan adalah seperti aiskrim, air berkarbonat, cuka buatan dan ubat-ubatan kimia atau dadah dan alkohol (arak).

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge