Skip to main content

Kebaikan menderma darah

kebaikan menderma darah

Korang tau tak, setiap kali kita menderma darah, kita berupaya selamatkan 3 nyawa pada satu masa dan yang paling best, bukan sahaja penerima darah menerima kelebihan bahkan ianya terbukti bahawa penderma juga dapat kelebihan dan kebaikan menderma darah. I wasn’t expecting anything in return masa derma darah tapi rupa-rupanya banyak faedah yang boleh kita perolehi hasil dari usaha kemanusiaan yang tak seberapa ini.

 

Korang takut ke nak menderma darah? Jangan risau, takda apa yang nak ditakutkan semasa menderma darah. Abam dah buat 4 kali tau. Mula-mula je rasa takut, lepas tu rasa seronok la pulak. 

 

Azam Abam nak cuba derma darah 3 kali setahun. Disamping dapat bantu orang, dapat jugak Abam tingkatkan tahap kesihatan. Abam nak share kat korang 8 kebaikan menderma darah. Jom baca jap.

 

Tahu tahap kesihatan semasa

Anda hanya boleh menderma jika anda sihat secara keseluruhan. Sebelum setiap proses menderma darah bermula, anda akan melalui beberapa pemeriksaan kesihatan dan ianya percuma untuk para penderma. Itulah kelebihan yang anda akan terima. Contohnya, anda akan mengetahui jika tekanan darah anda tidak normal dan ianya dapat membantu mereka mendiagnosis sebarang penyakit pada peringkat awal sebelum penyakit tersebut makin teruk.

 

Selepas darah didermakan, darah dan produk darah yang diperolehi akan diperiksa untuk mengetahui jika terdapat sebarang jangkitan. Anda boleh memilih untuk diberitahu jika mereka mendapati apa-apa yang tidak normal dalam ujian saringan tersebut. Derma darah yang kerap adalah bagus untuk kesihatan tambahan pula anda dapat percuma pemeriksaan yang akan membantu anda kekal sihat.

 

Mengetahui jenis darah.
Bersama-sama dengan pemeriksaan kesihatan, para penderma akan menerima analisis darah secara percuma dan bagi penderma yang pertama kali, anda akan mengetahui jenis darah anda. Kalau sendiri pergi ke klinik atau hospital untuk mengetahui jenis darah atau analisis darah, sudah tentu kena bayar. Walaubagaimanapun, sebagai penderma darah, anda akan dapat percuma.

 

Darah yang diderma akan diperiksa untuk beberapa faktor kesihatan bagi memastikan ia boleh digunakan untuk penerima. Antara faktor ianya perlu diperiksa termasuk HIV, syphilis dan hepatitis. Jika darah itu tadi mengandungi faktor kesihatan yang memudaratkan, maka penderma akan diberitahu dan sama sekali tidak boleh menderma. 

 

Bakar kalori

Tak disangka-sangka, menderma darah boleh juga mengurangkan kalori si penderma hanya dengan berbaring diatas kerusi. Walaupun ramai yang diberitahu berat badan penderma akan bertambah selepas menderma, itu sama sekali tak benar.

Kajian mendapati menderma darah dapat membakar 650 Kal seseorang dalam satu sesi; membantu penderma mengurangkan berat badan, kekal sihat dan ramping, serta mencegah obesiti. Sekarang, tentu lebih ramai yang ingin menderma darah, bukan?

Tetapi, menderma darah ada hadnya. Penderma hanya boleh menderma sekali dalam dua atau tiga bulan, bergantung kepada status kesihatan, hemoglobin darah dan tahap zat besi seseorang.

 

Mengurangkan risiko sakit jantung

Walaupun zat besi adalah elemen yang penting untuk memastikan badan berfungsi dengan baik, jika ia berlebihan akan membawa kepada stres oksidatif – penyumbang utama kepada serangan jantung, strok, percepatan proses penuaan serta lain-lain penyakit. Jika seseorang itu menderma darah dengan kerap, ia dapat membantu menyeimbangkan tahap zat besi dalam badan. Mereka yang menderma darah setahun sekali mempunyai risiko 88% lebih rendah mendapatkan serangan jantung berbanding mereka yang tidak menderma.

 

Penggantian sel darah baru untuk tubuh

Jangan tak tahu, darah kita akan digantikan dengan sel-sel darah baru yang segar selepas menderma. Ia memaksa badan menggantikan darah yang hilang, membantu badan penderma kekal sihat, berfungsi dengan lebih cekap, dan bekerja dengan lebih produktif.

 

Badan lebih bertenaga

Dengan menderma darah akan menjadikan badan rasa lebih bertenaga. Walaupun tidak dibuktikan secara jelas, tapi rata-rata ramai penderma darah yang mengatakan begitu.

 

Mengurangkan risiko kerosakan organ

Membantu melawan hemochromitosis iaitu sejenis gangguan genetik. Dikenali juga sebagai zat besi sarat, yang mana zat besi terkumpul dalam tisu badan lantaran metabolism tidak sempurna. Keadaan ini boleh membawa kepada kerosakan organ.

 

Mengurangkan risiko penyakit kanser

Menderma darah membantu mengurangkan risiko kanser termasuk hati, paru-paru, perut dan tekak dengan cara pengurangan tekanan oksidatif. Tahap risiko semakin menurun dengan kekerapan pendermaan darah yang dilakukan oleh penderma. Perlu diketahui bahawa sebatian radikal bebas boleh merosakkan DNA dan kerosakan bahan genetik menjadi punca kepada ancaman semua jenis kanser.

Related posts:

2 thoughts on “Kebaikan menderma darah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge