Skip to main content

Kebaikan detox untuk badan

Detox baik untuk badan

Korang mesti pernah dengar pasal detox kan. Tau tak detox tu apa dan kebaikan detox untuk badan korang. Detox ni adalah proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

 

Kebaikan detox

Detox juga boleh dilakukan dengan menghasilkan air detox untuk membantu sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Antara kebaikan detox pada tubuh adalah :

 

1.  Merangsang tenaga.

Detox akan buat badan kita lebih bertenaga. Detox menyebabkan kita kurang atau tidak ambil makanan punca toksin seperti lemak, gula, kafein dan sebagainya. Pengambilan makanan sihat memberi kita tenaga berpanjangan.

 

2. Menyingkirkan lebihan sisa buangan.

Walaupun kita sering membuang tapi pastikah kita ianya dibuang habis? Kebanyakan program detox dicipta untuk merangsang badan menyahtoksin secara sendiri, membantu hati, buah pinggang serta kolon untuk melakukan proses ini.

 

Membersihkan kolon adalah bahagian penting bagi proses detox kerana toksin ini perlu dikeluarkan daripada tubuh badan.

 

3. Menurunkan berat badan.

Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detox dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yang cepat.

Detox baik untuk badan

4. Sistem imun yang kuat.

Detox memberi peluang pada organ dalam badan kita berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu untuk memberikan imun badan "boost" pada badan. Ini membolehkan badan menyerap nutrisi dengan lebih baik termasuklah Vitamin C.

 

Kebanyakkan herba yang diambil semasa berdetox akan membantu sisem limpa dan ini memainkan peranan yang pening pada tubuh badan.

 

5. Kulit makin cantik.

Kulit adalah organ terbesar dalam badan. Jadi masuk akal jika dikatakan kulit akan mendapat manfaat daripada program detox ini. Satu cara untuk membantu program detox ialah bersauna untuk membantu badan mengelurkan peluh dan toksin yang berlebihan.

 

6. Pernafasan lebih baik.

Ada teori mengatakan bahawa satu satu penyumbang kepada mulut yang berbau adalah kolon. Apabila kita dapat membersihkan kolon dan membantu sisem pencernaan berfungsi dengan baik, kita akan mendapati pernafasan kita kembali ok.

Detox baik untuk badan

7. Bantu badan lebih sihat.

Jika kita ada ketagihan terhadap gula, kafein, makanan bergoreng, program detox boleh membantu menghilangkan ketagihan itu.

 

Selalumya jika kita cuba untuk berhenti ketagihan terhadap makanan atau minuman seperti ini, kita akan berdepan dengan keputusan yang tidak membanggakan dan kembali kepada tabiat yang lama.

 

Jika kita membersihkan tubuh dan menggantikan makanan itu dengan pilihan yang lebih sihat, kita mampu mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih habit yang baik untuk jangka masa panjang.

 

8. Rambut lebih sihat.

Pada masa kita melihat rambut kita, ia susah dirasakan mati kerana semua kesuburan berlaku bermula dari fosikel rambut. Ia adalah sebab kenapa penting untuk badan berfungsi pada potensinya mengikut proses detokx yang kerap dan ada strategi. Apabila rambut kita boleh tumbuh tanpa dipengaruh oleh toksik dalaman, kita akan rasa perbezaannya.

 

9.  Badan rasa lebih ringan.

Antara kelebihan detoks yang ialah rasa badan lebih ringan. Antara sebab kenapa ini terjadi ialah apabila kita mengikuti proses pembesihan kolon sebagai salah satu proses detok. Apabila kita berhenti daripada makan makanan yang meningkatkan berat badan dan menggantikan dengan makan yang lebih organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, badan kita akan lebih ringan.

 

10. Anti penuaan.

Toksin yang ada dalam badan adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan. Jika kadar toksin dapat dikurangkan, kita akan kelihatan lebih muda dan sihat.

 

Kalau korang rasa susah dan malas nak buat air detox sendiri, korang boleh je beli produk detox yang ada di pasaran. Antara produk detox yang boleh Abam cadangkan ialah Clenz Tox.

 

Abam Nas

017-5710071

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge