Skip to main content

Kebaikan cuka epal untuk penyakit gastrik

Adakah cuka epal itu asid

Adakah cuka epal berasid? Ramai yang tertanya-tanya persoalan ini. Kalau secara logiknya memang la cuka epal atau kurma ni berasid. Bagaimanapun ia ada tapinya. Cuka Epal adalah di antara makanan sunnah yang  harus dimasukkan dalam diet harian untuk menjaga kesihatan. Diantara kebaikan cuka epal ialah dapat mencegah penyakit kronik terutamanya kencing manis, tekanan darah tinggi dan kanser. Ia juga merupakan penawar bagi masalah gastrik. Bagaimana?

 

Memang benar cuka epal, cuka kurma dan cuka daripada buah seperti anggur, ceri dan mulberry adalah bersifat asid, tetapi apabila diminum, cuka ini akan mengalkalikan makanan lain dalam perut kita. Sesuatu makanan yang bersifat asid tidak semestinya kekal pHnya (keasidan atau kealkalian) dalam perut.

 

Cuka buatan adalah cuka yang menambahkan lagi masalah gastrik kerana cuka ini kekal berasid walapun dalam perut. Cuka  ini tiada khasiat atau nutrisi.

Adakah cuka epal itu asid

Sebaliknya, cuka epal dan cuka kurma mengandungi potassium selain dari vitamin C dan lain-lain mineral. Cuka yang dibuat dengan proses semulajadi juga mengandungi enzim-enzim yang hidup.

 

Ada makanan yang sangat berasid tetapi apabila dimakan, akan mengalkalikan makanan lain dalam perut seperti buah-buahan sitrus, beri, nenas, tomato. Walaupun buah-buahan citrus seperti lemon, limau oren dan limau nipis adalah sangat berasid, namun asidnya iaitu asid sitrik menjadikan makanan lain beralkali dan seperti juga jus buah-buahan sitrus, Cuka Epal, Tamar dan sebagainya yang sangat bersifat asid, juga berfungsi sebagai penawar yang menjadikan perut kita beralkali.

 

Darah dan sel tubuh manusia perlu berada dalam keadaan beralkali, dan pH dalam perut, iaitu pilihan makanan kita adalah penentu tahap keadaan yang sihat ini. Untuk berada dalam keadaan ini, 60% dari makanan kita perlu terdiri dari makanan yang mengalkalikan perut, manakala hanya 40% dari makanan yang menghasilkan asid dalam perut patut dimakan.

Adakah cuka epal itu asid

Bagi orang-orang yang mengalami penyakit kronik terutamanya kanser di mana keadaan darah dan sel perlu dijaga dengan baik, 80% dari pemakanan mereka mestilah dari kumpulan yang mengalkalikan perut, dan hanya 20% dari makanan yang mengasidkan perut.

 

Kurma yang berkali-kali disebut di dalam Al-Quran rupanya salah satu makanan yang penting dalam meneutralkan asid berlebihan dalam perut dan juga menghasilkan alkali.

 

Kalau nak mengamalkan minum cuka epal atau cuka kurma ni dicadangkan campur sesudu cuka ini dengan 1 cawan air bagi mengurangkan rasa masam. Digalakkan untuk campur sesudu madu ke dalam air tersebut. Amalkan 2 kali sehari iaitu 1 kali di waktu pagi dan 1 kali di waktu malam.

 

Abam Nas

017-5710071

 

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge