Skip to main content

Jenis-jenis kegemukan

Jenis-jenis kegemukan

Korang nak tau tak jenis-jenis kegemukan ni ada banyak tau. Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu gemuk air, gemuk angin, gemuk lemak dan gemuk daging. Gemuk macam mana pun korang itu tak penting yang penting korang tau camna cara nak turunkan berat dan pastikan semangat korang untuk turunkan berat tu sentiasa konsisten. Apa-apa pun jom kita kenali jenis-jenis kegemukan:

 

Jens-jenis kegemukan

Jenis Gemuk Air

Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelembir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Bayangkan sebiji belon korang isikan dengan air, kemudian korang ramas-ramaskan. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita dalam kategori gemuk air.

 

Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

 

Jenis Gemuk Angin

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut. Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena cara.

 

Jenis Gemuk Lemak

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca,  orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

 

Jenis Gemuk Daging

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.

 

Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. 

 

Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil untuk mengurangkan berat badan. Kalau korang nak cuba turunkan berat badan tapi malas nak keluar rumah boleh try panduan mudah senaman tabata ni. Semoga berjaya.

 

Abam Nas

017-5710071

Panduan mudah senaman Tabata

Panduan mudah senaman Tabata

Kali ni Abam nak share sikit info berkenaan panduan mudah senaman Tabata. Tabata ialah sejenis senaman High Intensity Interval Training (HIIT). Senaman ni telah diperkenalkan oleh Dr. Izumi Tabata seorang saintis dari Institut Kecergasan dan Sukan Kebangsaan (Institute of Fitness and Sports) di Tokyo, Jepun. Senaman jenis ni memang tengah famous sekarang ni. Kalau nak kurus korang boleh la try senaman ni.

 

Berdasarkan kajian Dr. Tabata ke atas dua kumpulan atlet mendapati senaman ini memberikan impak positif kepada sistem kesihatan kardiovaskular dan otot. Manakala, Dr. Michele Olson dari Amerika Syarikat menyatakan bahawa senaman Tabata akan membakar 13.5 kilokalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan dua kali ganda seseorang selama 30 minit selepas itu. 

(more…)