Skip to main content

Cara diet Atkins

Cara diet Atkins

Diet Atkins ialah sejenis corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat dan lemak di dalam badan. Jap lagi Abam Nas akan share cara diet Atkins kat korang. Sebelum tu fahamkan dulu apa itu diet Atkins.

 

Dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan anda akan mula menyusut. Dr. Atkins mula mengembangkan idea rendah karbohidrat dalam  pemakanan semenjak tahun 70-an lagi tapi kurang mendapat sambutan. Pada masa itu ramai rakyat Amerika telah mengikuti diet rendah lemak.

 

Melalui diet rendah lemak, ada yang tidak berjaya mengurangkan lemak badan kerana walaupun mereka menghadkan makanan berlemak, mereka masih mengambil makanan berkarbohidrat dan bergula, seperti minum lebih banyak jus, makan roti dan kentang berlebihan.

 

Individu yang berjaya menurunkan berat badan pula selalunya akan kembali ke berat badan asal dalam masa 1-2 tahun kerana kebanyakan diet yang diperkenalkan menyebabkan mereka sentiasa terasa lapar dan tak mampu mengikut teknik diet rendah lemak buat masa yang lama.

 

Dr. Atkin telah membuat kajian mengenai  diet rendah karbohidrat dan mendapati mereka yang mengamalkan pemakanan kurang dalam karbohidrat tetapi tinggi dengan protein mampu menghilangkan berat badan yang berlebihan dan kekal dalam keadaan langsing seumur hidup.

 

4 Fasa Diet Atkins.

Atkins Nutritional Approach (ANA) dibahagikan kepada 4 peringkat utama yang perlu diikuti dengan penuh berdisiplin dan dedikasi jika anda ingin mencapai tubuh langsing impian anda:

 

1. Induction (permulaan dan pengenalan) 2 minggu atau lebih, mengikut keadaan dan berat badan.

2. Ongoing Weight Loss (penyusutan berat berterusan).

3. Pre-maintenance .

4. Lifetime Maintenance.

 

Induction ialah peringkat terpenting sekali dalam Diet Atkins kerana ia adalah tapak permulaan kepada corak pemakanan yang berbeza daripada apa yang pernah anda lalui selama ini. Induction sebaik-baiknya dilakukan selama 2 minggu (paling kurang) dan boleh diteruskan selama 6 bulan sehingga 2 tahun, mengikut keadaan kesihatan dan berat badan anda.

 

Yang pasti, lagi berat badan anda atau lagi susah untuk anda menghilangkan berat badan (atau kedua-duanya sekali), lagi lama anda patut berada pada tahap Induction.

 

Makanan yang tak boleh makan semasa diet Atkins.

 

Diantara makanan yang tak boleh diambil semasa diet Atkins ialah:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, spaggeti, fettuchini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan Gula – gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan.

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas, kurangkan pengambilan kopi.

6.) Elakkan snek seperti Twisties, popcorn, jeruk.

7.) Elakkan segala bentuk kacang.

8.) Elakkan makanan berproses seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong, nugget, burger, hot dog.

9.) Elakkan makanan bertepung seperti kek, biskut, kuih-muih.

10) Elakkan ambil minuman kaffein-teh, kopi, nescaffe, milo.

Cara diet Atkins

Makanan yang boleh makan semasa diet Atkins.

 

Diantara makanan yang boleh makan semasa diet Atkins ialah:

1.) Ayam – panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng tanpa tepung.

2.) Semua ikan – sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua daging – rusa, lembu, kambing – buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai.

4.) Udang – bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. Elakkan sotong kerana karbohidrat tinggi.

5.) Sayur, terutamanya sayur hijau. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) Keju jenis cheddar, mozarella, parmesan.

7.) Air kosong, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk elakkan sembelit.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan daging burger je. Pastikan daging pure yang macam kat Mc D & KFC tu je ye.

9.) Telur-Telur rebus, scramble egg, telur dadar, telur mata kerbau.

10.) Makan supplement dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

 

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 7 malam. Jangan skip makan. Skip makan akan membuatkan anda lapar dan berisiko untuk cheat diet.

 

Induction hanya berlangsung selama 2 minggu. Kalau berat badan berlebihan sangat atau lambat menyusut, anda boleh kekal pada tahap Induction selama 6 bulan ke atas dengan selamat. Tahap seterusnya, Ongoing Weight Loss, akan memperkenalkan makanan berkarbohidrat secara berperingkat, daripada hanya memakan 20 gram sehari, ditambah 5 gram setiap minggu (kepada 25 gram, 30 gram, 35 gram, etc) supaya anda tahu had toleransi karbohidrat anda.

 

Had toleransi kabohidrat anda ialah jumlah karbohidrat tertinggi sehari (dalam gram) badan anda boleh proses tanpa menyebabkan penambahan atau kekurangan berat badan (equilibrium state). Untuk atlit atau yang bersukan, boleh mencecah tahap 100 gram karbohidrat sehari tapi orang biasanya 40-70 gram sehari. Ada yang bermetabolisma rendah hanya pada tahap 24 gram sehari. Kaum lelaki, terutamanya yang muda akan lebih mudah membakar karbohidrat dan lemak daripada kaum wanita.

Cara diet Atkins

Syarat-syarat Induction

1. Pastikan anda makan 3 kali sehari (saiz makanan biasa). Jangan sekali-kali malas makan sebab anda akan terasa sangat lapar nanti dan sukar nak kawal emosi dan nafsu makan. Makan malam biarlah sebelum jam 7.00 malam.

 

2. Makan 20 gram karbohidrat sehari sahaja. Baca label pada produk di pasaraya. Sebaik-baiknya makan makanan dari pasar seperti ayam, daging, ikan sebab kandungan karbohidratnya 0 gram.

 

3. Makanan diproses di kilang selalu ditambah gula dan berkarbohidrat tinggi. Baca label tin, botol, kotak atau packet yang dibeli untuk tahu kandungan karbohidrat. Berhati-hati memilih sos dan kicap dalam botol. Kalau boleh elakkan adalah lebih baik.

 

4. Jangan makan apa-apa pun yang disenaraikan dalam senarai makanan yang diharamkan di atas. Walau sepinggan nasi pun boleh menaikkan glukosa dalam badan dan menyebabkan anda ketagihan nasi dan benda-benda manis. Bersabar dan berdisiplinlah kalau nak kuruskan badan.

 

5. Minum banyak air kosong. Kalau sembelit, anda boleh mengambil psyllium husk / serat bercampur secawan air. Psyllium Husk / serat ada dijual dimana-mana farmasi dan kedai Cosway.

 

6. Jangan sangka makanan tertentu itu berkarbohidrat rendah. Sebiji buah pear bersaiz sederhana ada 25 gram karbohidrat, sebiji telur ayam bersaiz besar cuma ada 0.6 gram karbohidrat! Check dulu.

 

Jangan sekali-kali berlapar untuk menurunkan berat badan, kerana ianya tidak baik. Apa yang penting ialah kita perlu seimbangkan pemakanan kita.

 

Ibu hamil dan wanita yang sedang menyusu baby tidak digalakkan mengamalkan Atkins Diet.

 

Abam Nas

017-5710071

Related posts:

2 thoughts on “Cara diet Atkins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge