Skip to main content

Cara buat air detox sendiri

Cara buat air detox

Pasti ramai yang hadapi masalah untuk turunkan berat badan. Kalau turun pun hanya beberapa kilo je. Lepas tu kalau makan sikit je pun badan akan cepat naik. Stress kan. Untuk turunkan berat badan, Abam cadangkan korang buat la detox dulu untuk buang toksin yang ada dalam badan korang tu. Dah bape banyak toksin yang tersimpan dalam badan korang tu. Meh Abam nak share kat korang cara buat air setox sendiri.

 

Resepi air detox

Cara buat air detox

1. Nanas + daun pudina

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis. Daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan. Cara untuk membuat air ini ialah ambil 1/2 biji nanas dan potong kecil-kecil mengikut citarasa anda. Masukkan potongan buah ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air dan tambahkan dengan segenggam daun pudina. Tutup dan simpankan ia ke dalam peti ais. Biarkan semalaman agar campuran ini sebati sepenuhnya.

Cara buat air detox

2. Strawberi + kiwi + daun pudina

Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran strawberi, kiwi dan daun pudina berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan lebih baik. Resepi air minuman detox ini juga bagus diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

 

Gabungkan hirisan 2 biji buah kiwi dengan beberapa biji buah strawberi dan 7 helai daun pudina ke dalam jag minuman anda. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk untuk lebih sedap. Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

 

Air detox ini dipanggil juga sebagai ‘detox water 3-in-1’. Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan anda. Jadi, kepada anda yang sedang berdiet, air minuman ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

 

Kaedahnya, hiris sebatang timun, sebiji buah lemon dan sebiji limau nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air. Boleh simpankan ia di dalam peti atau masukkan beberapa ketul kiub ais untuk lebih kesegaran.

Cara buat air detox

3. Limau nipis + buah oren + lemon

Sistem pertahanan dalam tubuh manusia sangat berguna bagi memastikan agar kita kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Dengan adanya sistem imun yang kuat, ia dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Gabungan rendaman air detox ini terhasil daripada 1/2 biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah lemon yang diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong. Boleh juga ditambahkan 3 helai daun pudina jika suka. Amalan minum air ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan sistem perncernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.

Cara buat air detox

4. Timun +  lemon + halia + daun pudina

Resipi air ini sangat membantu bagi mereka yang memiliki perut boroi atau buncit yang berhasrat untuk kempiskan perut. Resepi air ini sangat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya juga senang diperolehi. Gabungan antara timun, lemon, halia dan daun pudina sangat bagus untuk mendapatkan perut yang menawan. Caranya, sediakan 1 jag air masak dan hiris sebatang timun, 1/2 biji lemon, 1/2 inci halia. Rendamkan kesemua bahan bersama segenggam daun pudina. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam sebelum nikmatinya ketika cuaca panas. Wah, kesegarannya sampai bergetar tulang rusuk.

Cara buat air detox

5. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis

Masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan sebiji epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam. Anda boleh menggunakan bahan ini berulang kali sehingga 4 kali. Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme.

Cara buat air detox

6. Strawberi + tembikai + daun pudina

Warnanya yang merah terang sudah tentu mampu memikat dan menaikkan hasrat anda untuk mencuba air detox hasil gabungan kedua-dua buah ini. Campurkan secawan strawberi bersama 5 hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1 jag air. Untuk aroma yang lebih memikat, masukkan beberapa helai daun pudina. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa. Khasiat air detox ini berfungsi sebagai anti-radang dan mencantikkan kulit.

Cara buat air detox

7. Strawberi + limau nipis + timun + daun pudina

Penyediaannya mudah malah ia juga rendah kalori. Hanya belahkan 7 biji strawberi, kemudian hiriskan sebiji limau nipis dan 1/2 batang timun. Masukkan kesemuanya ke dalam jag yang berisi air. Letakkan beberapa kiub ais dan 5 helai daun pudina.

 

Strawberi terkenal dengan khasiat buahnya yang kaya dengan antioksidan, timun pula bersifat deuretik yang membantu dalam penyahidratan, manakala limau nipis adalah sangat baik yang bertindak sebagai agen anti-penuaan serta memulihkan kembali rambut, kulit dan kuku.

 

Amacam best tak resepi-resepi ari detox yang Abam Nas share ni? Terliur tak? Jom buat cepat. Fast action fast result kan. Lepas dah detox nanti boleh la start diet.

 

Diet yang Abam cadangkan ialah makan secara sihat dan betul. Kurangkan makan makanan berkabohidrat dan manis. Banyakkan makan protein dan sayur. Lepas tu jangan lupa buat senaman. Abam cadangkan korang buat senaman tabata

 

Kalau korang rasa susah dan malas nak buat air detox sendiri, korang boleh je beli produk detox yang ada di pasaran. Antara produk detox yang boleh Abam cadangkan ialah Clenz Tox.

 

Abam Nas

017-5710071

 

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge