Skip to main content

Cara beli rumah dengan pinjaman perumahan kerajaan

Cara beli rumah dengan pinjaman perumahan kerajaan

Ramai kakitangan kerajaan yang tidak tahu prosedur atau cara beli rumah dengan pinjaman perumahan kerajaan. Untuk makluman sebelum ini pinjaman perumahan ini diuruskan oleh Bahagian Pinjaman Perumahan (BPP). Bermula tahun 2016 BPP telah dinaiktaraf ke Lembaga Pinjaman Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Berikut adalah sedikit panduan untuk korang yang berhajat membeli rumah dengan menggunakan pinjaman perumahan kerajaan :

 

Kelayakan Pinjaman

Perkara paling penting ialah menyemak kelayakan maksimum  bagi jumlah pinjaman yang dibenarkan. Jumlah kelayakan pinjaman ini ditentukan oleh gred jawatan semasa korang. Nak lebih selamat korang boleh semak dengan majikan korang atau berhubung terus dengan LPPSA.

 

Harga Pasaran Rumah

Perkara ini amat ditekankan kepada semua kakitangan awam. Sebab masalah timbul apabila rumah yang korang beli itu lebih tinggi daripada harga pasaran. Sekiranya ini berlaku maka korang perlu menggunakan duit poket sendiri bagi membayar lebihan yang tidak dicover oleh pinjaman korang.

 

Semakan harga pasaran boleh dibuat di pejabat Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) di negeri yang korang beli rumah tersebut. Dapatkan info rumah seperti jenis rumah, alamat penuh, luas tanah, luas bangunan dan detail renovation. Lagi bagus sekiranya ambil gambar sekali.

 

Booking atau Earnest Deposit

Pembayaran earnest deposit  atau booking juga perlu dibuat dengan berhati-hati. Sekiranya anda berurusan dengan ejen hartanah berdaftar, pastikan banker cheque atau bayaran dibuat atas nama agensi hartanah.

 

Sekiranya pembelian terus dengan pemilik rumah, anda boleh buat bayaran earnest deposit. Pastikan ada surat pembayaran di mana korang dan pemilik rumah tandatangan surat tu. Nak lebih selamat buat bayaran booking melalui peguam korang.

 

Lantik Peguam Hartanah

Seterusnya korang perlu lantik peguam hartanah bagi menyediakan surat perjanjian jual beli atau sales purchase agreement (SPA) dan surat perjanjian pinjaman atau loan agreement. Selepas SPA ditandatangani oleh korang dan penjual, baru korang boleh buat permohonan online di website LPPSA.

 

Kos Pembelian Rumah

Apabila korang menggunakan pinjaman perumahan kerajaan, korang perlu sediakan duit poket sendiri bagi kos :

 

  1. Peguam untuk surat perjanjian jual beli (SPA).
  2. Peguam untuk surat perjanjian pinjaman perumahan (loan agreement).
  3. Duti setem pindah milik (MOT).

 

Nanti ada kos-kos tambahan atau disbursement bergantung kepada sesuatu hartanah. Oleh itu dicadangkan korang dapatkan quotation atau sebut harga daripada peguam hartanah.

 

Kalau korang ada masalah atau kekeliruan tentang pembiayaan pinjaman perumahan, lebih baik hubungi Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awa (LPPSA) di talian 03-8880 1600.

 

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge