Skip to main content

Cara banyakkan susu badan

Cara banyakkan susu badan

Susu ibu adalah makanan yang terbaik untuk bayi. Kolostrum yang dihasilkan 72 jam selepas melahirkan akan membekalkan antibodi yang baik untuk bayi. Sangat rugi kalau bayi anda tak dapat kolostrum ini. Jadi pastikan bayi anda dapat menikmati susu badan dalam tempoh ini dan sebaiknya sehingga anak anda mencapai umur 2 tahun. Pada yang ada masalah kurang susu badan tu jangan risau, meh Abam nak share cara banyakkan susu badan.

 

Cara banyakkan susu badan

1. Posisi yang betul

Pastikan dulu anda berada dalam keadaan yang tenang, santai, selesa dan tak stress yang akan rosakkan mood anda pada hari tersebut. Pasang lagu yang santai atau pasangkan bacaan Al Quran lagi baik. 

 

Bila posisi untuk menyusukan bayi dah betul, harus pastikan pula bayi anda melekap pada badan anda dengan betul. Pastikan juga ruang antara hidung dan mulut bayi itu rapat dengan dada anda. Ini kerana bayi lebih mesra dan selesa dengan bau badan ibu mereka dan rasa lebih selamat serta nyaman.

 

2. Kerap menyusukan bayi

Lagi kerap anda susukan bayi yang baru lahir, lagi banyak penghasilan susu badan akan terhasil. Jadi apa nak buat? Mudah saja, galakkan bayi anda menyusu kerap kalau boleh 10-12 kali sehari atau lebih pun tak apa dalam tempoh 24 jam. Ini kerana dengan cara ini mampu meransang hormon prolaktin yang boleh menghasilkan lebih banyak susu.

Cara banyakkan susu badan

3. Minum air kosong banyak

Kena ingat,bila dah bersalin atau sedang dalam keadaan pantang tu, tinggalkan dulu air yang berkefein, sebaliknya banyakkan minum air kosong saja. Wajib amalkan dan anggap saja anda buat demi anak.

 

Mula-mula memang rasa susah nak amalkan minum air kosong ni sebab ia tawar dan tak sedap namun untuk kebaikan anak anda gagahkan la ye. Untuk hasil yang optimum, anda perlu minum sekurang-kurangnya 2-3 liter air kosong sehari.

 

Selain itu, anda juga boleh minum minuman seperti jus oren, susu kambing atau air soya. Air soya yang di proses dari kacang soya segar juga sebenarnya sangat baik untuk meningkatkan dan banyakkan susu badan kerana ia mengandungi protein untuk penghasilan susu yang berpanjangan.

Cara banyakkan susu badan

4. Pastikan Payudara anda kosong

Macam mana nak buat? Terdapat dua cara iaitu dengan kerap susukan bayi anda atau pam payudara agar kosong. Gunakan kedua-dua belah payudara untuk menyusukan bayi anda.

 

Jangan guna sebelah je, nanti berat sebelah anda juga yang susah. Hihihi. Sebenarnya, apabila payudara sudah kosong, secara semula jadi ia akan bagi signal untuk menghasilkan susu badan yang baru dengan segera.

 

5. Urut payudara

Yang ini semua ibu-ibu pasti pernah buat. Dengan urutan lembut dan betul, peluang untuk penghasilan susu badan akan lebih baik. Paling seronok, susu badan anda akan lebih lancar. Sudah tentunya ia akan buatkan susu menjadi lebih banyak selepas bersalin.

Cara banyakkan susu badan

6. Jangan jadualkan penyusuan

Ni kes sebab pernah dengar jadual penyusuan ibu dekat mana-mana, tak pun ada kawan-kawan yang bagitau kan? Yang patut anda jadualkan ialah waktu mengepam payudara bukannya beri susu. Anda harus faham konsep demand and suply. Selalunya bayi yang lapar akan tunjukkan tindak balas mereka dengan cara menangis.

 

7. Makan herba

Herba ni anda boleh dapat banyak dekat pasar masa beli barang dapur untuk masak tu, contohnya seperti halba. Halba adalah herba yang banyak khasiat dan ramai orang tak tahu. Anda boleh amalkan makan dengan ambil sesudu setiap hari.

 

Kalau tak lalu sangat tekak tu, anda boleh la campurkan dengan teh. Selain itu habbatusauda juga bagus untuk diamalkan. Terbukti herba seperti halba atau habbatusauda sebenarnya mampu untuk banyakkan susu badan anda.

Cara banyakkan susu badan

8. Dapatkan bantuan suplemen penyusuan

Itulah antara cara jimat dan berkesan untuk banyakkan susu badan. Tapi tak semua orang suka buat cara macam ni kan. Kalau tak mahu pening kepala dan rasa susah, anda juga boleh cuba cari suplemen untuk banyakkan susu badan.

 

Ini jalan shortcut tapi jangan ambil mudah dan terus tinggalkan tips-tips dan cara di atas untuk menambah susu badan anda. Untuk info, bukan semua suplemen itu bagus. Kadang-kadang kena cuba dulu serasi atau tidak dengan anda sebab tidak semua produk sesuai dengan semua orang.

 

Anda boleh mencuba suplemen Nano Centa. Ia sangat baik kerana Nano Centa mengandungi habbatusauda yang dapat membantu banyakkan susu badan, bukan sahaja susu lebih pekat dan banyak, malah badan ibu juga akan lebih cergas bertenaga.

 

Abam Nas

017-5710071

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge