Skip to main content

8 Kebaikan dan kelebihan minum air kosong

8 kebaikan dan kelebihan minum air kosong


Seperti yang kita ketahui badan kita memerlukan air yang banyak. Biasanya kita disyorkan minum air kosong sebanyak 2 hingga 3 liter sehari. Memang banyak manfaat yang diperolehi apabila minum air kosong. Jom Abam share 8 kebaikan dan kelebihan minum air kosong.

1. Menguruskan badan

Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air kosong tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.


2. Meningkatkan kesuburan

Air kosong dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum Adam serta hormon estrogen pada kaum Hawa.


3. Melancarkan sistem pencernaan

Minum air kosong dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.


4. Melambatkan proses pertumbuhan kanser

Air kosong bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.


5. Perawatan kecantikan

Kekurangan pengambilan air kosong menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkerut.


6. Tubuh lebih segar dan sihat

Khasiat air kosong bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.


7. Menyihatkan jantung

Air kosong juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air kosong.


8. Ubat kepada penyakit strok

Air putih tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.

8 kebaikan dan kelebihan minum air kosong
Kajian para sainstis mendapati amalan minum air sebaik bangun dari tidur setiap pagi mempunyai manfaat. Japanese Medical Society, misalnya berjaya membuktikan dalam kes-kes tertentu. Amalan ini mampu memulihkan penyakit termasuk yang serius. Sebenarnya dalam Islam juga ada mengajarkan amalan ini cuma ramai yang belum tahu.

 

Sentiasa bertenaga, tidak letih selepas memakan daging, tidur sikit pun segar, kerja melibatkan mental tidak penat, berpandangan positif,Ceria, boleh melakukan aktiviti lasak, jarang deman dan selsema, tahan alahan, tenang dan Sihat. Dah abis baca, apa lagi jom kita amalkan. lagi baik kalau dapat share info ini dengan orang lain supaya tersebar manfaat ini. TQ…

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge