Skip to main content

8 Jenis lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

Jenis-jenis lauk yang mudah disediakan untuk bersahur. Puasa di bulan Ramadhan merupakan satu ibadah wajib kepada setiap umat Islam. Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta perkara-perkara yang membatalkan puasa bermula dari terbit fajar sehingga terbenam matahari berserta dengan niat.

Dalam mengerjakan ibadat puasa, sahur merupakan satu amalan sunat yang dituntut kepada mereka yang berpuasa kerana ia mempunyai keberkatan. Namun dalam era moden ini, kesibukan masa dijadikan sebagai satu alasan untuk tidak bersahur.

 

Mengantuk dan letih kerap dijadikan jawapan kepada keengganan bersahur walaupun ia telah dianjurkan oleh Rasulullah SAW kepada setiap yang berpuasa. Ada juga yang tidak berselera untuk makan di awal waktu pagi. Jom kita tengok menu yang mudah disediakan untuk bersahur.

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

1. Telur goreng dengan kicap

Menu yang paling sedap masa zaman kanak-kanak dulu dan paling mudah disediakan. Hanya goring telur mata kerbau dan tuang kicap atas nasi. Teringat tentang kesusahan mak ayah di kampung yang bersusah payah membesarkan kita. Betapa rahmatnya sesetengah keluarga kalau dapat makan nasi kicap telur goreng ini. Mesti korang ada kenangan dengan menu ni kan.

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

2. Ikan bilis goreng kicap

Jangan pandang sebelah mata resepi yang simple ini. Ikan bilis yang digoreng bersama kicap ini dicampur dengan bawang dan juga cili api. Amat enak dimakan dengan nasi putih yang panas. Menu ni memang membuka selera terutamanya waktu sahur.

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

3. Acar buah

Bagi yang gemar memakan buah-buahan yang kering, acar merupakan salah satu hidangan yang sesuai untuk anda ketika bersahur. Acar buah selalunya dihasilkan dari buah campuran iaitu kismis, prune, kana, kurma, buah pala, jeruk mangga dan pelbagai jenis variasi buah-buahan. Ia perlu dicampur bersama bawang kecil, bawang putih dan juga halia.

 

Acar buah perlu di masak dengan cili giling, cuka, garam dan gula. Rasanya dapat membangkitkan selera sahur anda kerana ia sesuai dimakan bersama dengan nasi. Menu ni kebanyakannya digemari oleh wanita. Jarang tengok lelaki suka menu ni. Betul tak?

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

4. Telur masin

Telur masin adalah telur yang direndam dengan air garam bagi menjadikannya masin. Jenis telur masin yang paling popular adalah dari telur itik. Telur masin perlu direbus dahulu sehingga masak sepenuhnya dan dihidangkan bersama nasi yang panas. Kalau yang belum cuba menu ni boleh la cuba ye.

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

5. Ikan pekasam

Pekasam merupakan makan tradisi turun temurun yang asalnya dihasilkan secara sampingan disebabkan lebihan ikan dari hasil tangkapan di sawah,sungai dan juga tali air. Biasanya ikan pekasam dibuat dari ikan air tawar seperti puyu,sepat,lampam. Ikan pekasam perlu diperap bersama beras yang telah digoreng dan ditumbuk halus beserta dengan asam dan garam.

 

Ikan pekasam sesuai dijadikan lauk bersahur kerana aromanya sahaja mampu membuat anda terliur. Pekasam sedap di goreng bersama cili padi dan bawang. Ikan pekasam ni boleh je korang cari kat kedai Halal Mart. Tak pun kalau susah-susah korang google je. Ramai je yang jual secara online. Perghh, terlur.

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

6. Sambal sardin

Menu yang paling ringkas dan senang disediakan. Untuk menyedapkan lagi sardin dalam tin anda perlu menumis hirisan bawang, cili kering dan air asam jawa. Cili kering boleh juga digantikan dengan cilia pi. Memang pedas terangkat. Ia menu sesuai bagi anda yang gemar makan lauk yang berkuah. Sambal sardin juga sedap dicicah bersama roti putih.

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

7. Sambal bilis kering

Sambal bilis kering ini merupakan salah satu menu yang menyelerakan bagi mereka gemar makanan yang pedas. Sama seperti sambal tumis biasa cuma ia perlu dimasak sehingga menjadi kering dan juga boleh dimasukkan bersama bahan yang lain seperti tempe, tahu dan kacang goreng. Sambal bilis kering tahan agak lama jika anda menyediakan ia dengan cara yang betul. Sedap dimakan bersama nasi panas.

lauk yang mudah disediakan untuk bersahur

8. Sambal hitam Pahang

Bagi sesiapa yang tak pernah mencuba sambal hitam Pahang ini, serius anda memang rugi. Antara bahan utama sambal hitam pahang ini adalah diperbuat daripada buah belimbing buluh. Tiada belimbing buluh maka tak jadi sambal hitam. Belimbing buluh perlu direbus tanpa air di atas api yang sederhana sehingga warna menjadi kehitaman.

 

Setelah siap direbus, anda perlu menumis bawang,cili kering kisar dan ikan bilis sehingga naik bau. Masukkan belimbing buluh tadi dan kacau sehingga sebati. Dengan rasa pedas dan masam, ia mampu membangkitkan selera makan anda di waktu sahur. Yang ni memang tak ramai yang tahu buat. So alternatifnya korang cari la penjual online yang berdekatan dengan rumah korang.

 

Awal-awal Ramadhan memang ramai yang terbangun lewat terutamanya geng-geng bujang. Abam time bujang dulu pun sama jugak. Hihi. Menu-menu kat atas ni memang sesuai la untuk korang. Abam doakan agar puasa dan amalan kita Ramadhan kali ini diterima Allah. Selamat menyambut Ramadhan Abam ucapkan pada korang semua. Bye.

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge