Skip to main content

7 Tips usahawan dari pemilik Air Asia, Tony Fernandes

Tony Fernandes Air Asia

Hari ni Abam share 7 tips usahawan dari pemilik Air Asia iaitu Tony Fernandes. Jom kita baca dan hadam tips-tips yang dikongsikan oleh beliau. Bukan mudah nak dapat tips dari orang yang berjaya macam Tony Fernandes tau. Ramai orang berjaya yang rahsiakan ramuan kejyaan mereka.

1. TAK PERLU TAHU
 
Saya berasal dari industri muzik. Saya langsung tak tahu tentang kapal terbang. Kepada usahawan diluar sana, anda tak perlu tahu semua perkara tentang apa yang anda ingin buat. Ia berkaitan idea, semangat dan juga berkaitan mengambil tindakan.

 

2. JUST DO IT!
 
Jangan biarkan sesiapa beritahu anda bahawa anda tak boleh buat. Kita hanya ada satu sahaja kehidupan, jadi anda tidak boleh nak undur atau kata “Alangkah bagus kalau dulu saya buat begitu”.

 

Oleh sebab itu, saya nasihatkan anda semua diluar sana, JUST DO IT. Hidup setinggi yang mungkin, sentiasa positif. Kalau anda jatuh, sekurang-kurangnya anda telah cuba.

 

Saya pernah gagal teruk dalam bidang Formula One, tapi saya tidak ada penyesalan sebab saya dah duduk level tinggi dengan kehebatan Ferrari, McLaren dan lain-lain.


Tony Fernandes Air Asia

3. SEMANGAT ADALAH KUNCI PENYELESAIAN MASALAH
 
Impian memang akan jadi impian. Jangan risau tentang kegagalan. Buat sehabis baik. Sekiranya anda bersemangat, anda akan jumpa jalan penyelesaiannya.
.

4. LABUR DALAM MARKETING
 
Sekiranya anda ada idea yang paling hebat dalam dunia, tolong, tolong, tolong peruntukkan kewangan anda pada marketing. Jika anda tak laburkan duit anda pada marketing, tidak ada siapa pun yang akan dengar idea hebat anda.

 

Di luar sana terlalu banyak idea yang hebat tapi tidak terlaksana kerana kurangnya marketing. Marketing bukan untuk keuntungan, tapi ia adalah hubungan (Public Relation, PR).

 

Dalam Air Asia, kami tidak ada kewangan. Jadi, saya ke mana-mana sahaja mesti dengan cap merah saya dan selalu beri statement yang kontrovesi pada media supaya media selalu mengambil gambar saya. Itu marketing Air Asia pada peringkat awal.

 

Kita dah alami pelbagai isu dan marketing memainkan peranan penting dalam mengatasi isu-isu tersebut. Masih ingat lagi tentang penyakit SARS (Severe Acute Respiratory Syndrome)? Ketika itu, tidak ada siapa yang ingin terbang. Kami sangka ketika itu bisnes kami akan mati.

 

Semua orang kurangkan peruntukan untuk marketing, tapi saya beritahu pada team saya supaya jangan kurangkan peruntukan untuk marketing sebab inilah masa yang paling sesuai untuk naikkan jenama kami.

 

Kami tingkatkan peruntukan marketing kami 3 kali ganda ketika itu dan ramai kata pada saya “Kau ambil dadah?”. Saya jawab tidak, waktu ini waktu paling sesuai sebab orang lain tidak buat iklan mereka.

 

Masa pengeboman Bali berlaku, semua orang ketika itu batalkan penerbangan mereka. Saya kata dengan team, kita tak boleh matikan route Bali. Kita mesti teruskan penerbangan ke sana.

 

Jadi, kami buat satu kempen ‘LOVE BALI’, kami berikan 10,000 seat percuma dan hasilnya sangat berkesan. Kesemua 10,000 seat habis ditempah dalam masa seminit. Dan mereka yang dapat seat percuma hebahkan pada kawan mereka melalui media sosial. Iklan yang paling baik adalah dari pelanggan anda.
Tony Fernandes Air Asia

5. LEVERAGE SOCIAL MEDIA
 
Orang Malaysia, bila dapat tawaran baik, mereka akan hebahkan pada satu dunia tentang tawaran itu. Jadi masa 10,000 yang pergi ke Bali beritahu 10,000 lain yang mereka seronok di Bali. Itulah peringkat awal bagaimana Air Asia boleh masuk ke media sosial.

 

Jadi kami sedar tentang kehebatan media sosial pada peringkat awal. Selepas Facebook dan Twitter muncul, kami segera gunakan medium tersebut. Sehingga kini kami dah ada 32 juta follower dalam beberapa platform media sosial dan 7% jualan bisnes kami datang direct dari media sosial. Kempen ‘LOVE BALI’ mengajar kami iklan yang paling baik adalah dari pelanggan kami.
 

6. JANGAN TAKUT DENGAN KOMPLEN
 
Komplen atau feedback dari pelanggan sebenarnya adalah penyelidikan marketing secara percuma. Pelanggan sanggup menghabiskan masa untuk menulis beritahu apa masalah dan bagaimana nak selesaikannya.

 

Biasa di luar sana, kebanyakan syarikat membayar mahal kepada consultant untuk beritahu perkara yang sama. Sebab itu kami sangat menghargai setiap emel dan melayani mereka dengan baik.
Tony Fernandes Air Asia

7. FOKUS PADA 1 IMEJ DALAM BRANDING
 
Ketika peringkat awal, Air Asia mempunya logo burung dalam branding. 
Sekiranya anda lihat jenama terkemuka dunia, mereka hanya ada satu imej sahaja.

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge