Skip to main content

6 Tips bagaimana mendapat margin 90 peratus untuk rumah ketiga

Bagaimana mendapat margin 90 peratus untuk rumah ketiga

Bagaimana mendapat margin 90 peratus untuk rumah ketiga? Seperti yang telah diketahui, Bank Negara telah keluarkan peraturan. Setiap individu yang membuat pinjaman hartanah berstatus kediaman, hanya mendapat pinjaman 90 peratus untuk 2 rumah pertama. Rumah ketiga dan seterusnya margin pinjaman adalah 70 peratus sahaja. Tiada pengecualian.
 

Ramai pelabur tersangkut disini. Cara berikut mungkin dapat membantu untuk mendapatkan semula margin pinjaman 90 peratus tersebut.

 

+ Jika sudah berkahwin, gunakan kuota pasangan anda. 

+ Kosongkan kuota dengan memindahkan hartanah kepada pasangan.

+ Pindahkan hartanah kepada syarikat.

+ Guna proksi seperti adik-beradik, ibu-bapa, anak, sahabat handai.

+ Jual rumah sedia ada untuk mendapatkan semula margin 90 peratus.

+ Selesaikan hutang rumah sedia ada.

Untuk makluman setiap cara tersebut ada kos-kos yang terlibat dan perlu melalui prosedur tertentu. So sebelum buat sesuatu keputusan atau tindakan adalah lebih baik tanya orang yang lebih pakar dan berpengalaman dahulu. Good luck.

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge