Skip to main content

5 Tips memulakan perniagaan online

Tips memulakan perniagaan online

Adakah korang teringin menjana pendapatan  secara online? Sekiranya korang sedang merancang untuk memulakan perniagaan online, Berikut adalah antara beberapa tips memulakan perniagaan online untuk korang. Buat tindakan sekarang dan jangan bertangguh.

 

Tips memulakan bisnes online.

1. Tak Perlu Buat Produk Sendiri.

Ini antara fakta yang diperakui oleh semua usahawan online yang telah berjaya. Sebagai permulaan, anda tidak perlulah berhempas-pulas dan memeningkan kepala dengan membangunkan jenama dan memasarkan produk anda. Cukup dengan menjual produk yang sudah ada di pasaran mempunyai pengikutnya sendiri. Anda boleh jadi dropship, agen atau stokis dahulu.

Perlu diingatkan, pelanggan lebih cenderung untuk membeli barangan yang sudah mempunyai jenama yang kukuh berbanding jenama yang baru. Jadi tidak salah rasanya untuk menjual produk orang lain. Belajar untuk menjual produk orang dahulu sebelum menjual produk sendiri.

Tips memulakan perniagaan online

2. Modal yang rendah.

Bermula dengan apa yang ada. Jangan mengada nak buat pinjaman bank, pinjaman Ah Long atau meminjam daripada adik beradik dan saudara mara.

Perkara penting yang perlu anda lakukan pada tahap ini adalah meningkatkan kredibilit Fan Page Facebook dan blog anda. Tidak percaya? Just do it, Anda akan terkejut dengan hasil promosi yang anda lakukan ini tanpa mengeluarkan sebarang sen.

 

3. Risiko yang rendah.

Risiko yang rendah bermakna meminimumkan kerugian. Di dalam hal ini, anda perlu mengenal pasti potensi produk yang ingin dijual. Cari produk yang menjadi trend semasa dan mudah untuk dijual.

Sekiranya produk anda adalah dari jenis yang tidak tahan lama, anda perlu merancang jumlah kuantiti pembelian stok agar tiada stok yang disimpan terlalu lama kerana dikhuatiri ianya mudah rosak.

 

4. Jangan terlampau fikir untung.

Usah terlalu gopoh di dalam perniagaan. Tiada sebarang teori yang menyatakan pelaburan modal yang besar menjanjikan keuntungan yang besar sekiranya jualan yang anda lakukan belum konsisten.

Tidak salah untuk berani membuat pelaburan yang besar. Tetapi pastikan anda ada ilmu untuk melakukan jualan dan menguruskan kewangan. Ramai peniaga yang terlampau mengejar untung sehingga sanggup membeli stok yang banyak tetapi tidak tahu cara terbaik untuk menjualnya.

Adalah lebih baik fokuskan kepada berapa ramai orang yang anda boleh bantu dengan produk yang anda jual. Makin ramai yang mendapat faedah dari produk anda, makin besarlah jualan anda nanti. Anda baru sahaja memulakan bisnes online, mulakan dari kecil dan tingkatkannya bila jualan sudah semakin besar.

Tips memulakan perniagaan online

5. Belajar ilmu pemasaran.

Belajar ilmu pemasaran. Ini memang wajib. Pemasaran adalah nadi kepada jualan. Pemasaran adalah bagaimana anda membuatkan orang nampak produk anda. Kalau orang tak Nampak atau tak tahu tentang produk anda bagaimana nak menghasilkan jualan kan.

Anda perlu belajar dari orang yang betul. Orang yang telah mempunyai result. Follow mereka rapat-rapat. Tengok bagaimana mereka buat. Kalau perlu hadir seminar atau kelas, hadirlah. Tak semestinya seminar atau kelas yang mahal-mahal. Carilah seminar atau kelas yang anda rasakan dapat membantu anda dalam perniagaan anda nanti. Selamat maju jaya.

 

Abam Nas

017-5710071

 

Related posts:

2 thoughts on “5 Tips memulakan perniagaan online

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge