Skip to main content

5 Kesilapan pembeli rumah pertama yang perlu dielak

Kesilapan pembeli rumah pertama yang perlu dielak

5 Kesilapan pembeli rumah pertama yang perlu dielak. Korang bercadang untuk membeli rumah pertama? Jangan buat keputusan terburu-buru. Baca dahulu 5 kesilapan yang biasa dilakukan oleh pembeli rumah pertama ini, jika tidak korang akan menyesal.

(1) Rumah pertama mesti yang mahal. Duit gaji lebih separuh habis untuk bayar rumah sahaja. Ini rumah impian. Mesti beli yang mahal dan perfect!.


(2) Sebelum beli rumah sudah buat komitmen yang tinggi. Hutang kad kredit, personal loan, loan kereta. Beli rumah masuk dalam senarai yang terakhir sekali

(3) Terlalu percaya dengan pakej-pakej "menarik" yang ditawarkan pemaju tanpa menyemak latar belakang pemaju. Lebih tertarik kepada pakej "cash back" tanpa survey dahulu.

(4) Terlalu 'particular' dengan status leasehold atau freehold. Risau nanti anak cucu tiada rumah untuk diwariskan walaupun  rumah freehold kerajaan juga ada hak untuk ambil.

(5) Percaya sepenuhnya pada banker. Tidak faham pakej  pinjaman yang diambil. Tandatangan saja surat tawaran bank tanpa faham isi kandungan dalam surat tawaran tersebut.

Elakkan daripada melakukan kesilapan ini. Jadilah pembeli yang bijak. Kesilapan yang kecil ini boleh memberi impak yang besar kepada keadaan kewangan korang.

SHARE jika bermanfaat!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge