Cara buat air detox sendiri

Cara buat air detox

Pasti ramai yang hadapi masalah untuk turunkan berat badan. Kalau turun pun hanya beberapa kilo je. Lepas tu kalau makan sikit je pun badan akan cepat naik. Stress kan. Untuk turunkan berat badan, Abam cadangkan korang buat la detox dulu untuk buang toksin yang ada dalam badan korang tu. Dah bape banyak toksin yang tersimpan dalam badan korang tu. Meh Abam nak share kat korang cara buat air setox sendiri.

 

Resepi air detox

Cara buat air detox

1. Nanas + daun pudina

Nanas merupakan bahan anti-radang yang membantu melegakan sakit sendi dan artritis. Daun pudina menyokong sistem penghadaman dengan mengaktifkan kelenjar air liur dan enzim pencernaan. Cara untuk membuat air ini ialah ambil 1/2 biji nanas dan potong kecil-kecil mengikut citarasa anda. Masukkan potongan buah ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air dan tambahkan dengan segenggam daun pudina. Tutup dan simpankan ia ke dalam peti ais. Biarkan semalaman agar campuran ini sebati sepenuhnya.

Cara buat air detox

2. Strawberi + kiwi + daun pudina

Tubuh kita memerlukan glukosa untuk mendapatkan tenaga yang akan digunakan oleh tubuh agar dapat berfungsi dengan baik. Campuran strawberi, kiwi dan daun pudina berfungsi untuk menyokong gula dalam darah dan membantu sistem penghadaman dengan lebih baik. Resepi air minuman detox ini juga bagus diamalkan oleh mereka yang mengalami masalah kekurangan darah.

 

Gabungkan hirisan 2 biji buah kiwi dengan beberapa biji buah strawberi dan 7 helai daun pudina ke dalam jag minuman anda. Sejukkan seketika di dalam peti sejuk untuk lebih sedap. Kiwi kaya dengan Vitamin A dan E yang membantu melawan radikal bebas serta mengeluarkan toksin, manakala strawberi pula bagus untuk kesihatan dan kecantikan kulit.

 

Air detox ini dipanggil juga sebagai ‘detox water 3-in-1’. Hasil campuran timun, lemon dan limau nipis membantu menjadikan kulit lebih lembut, membantu masalah pencernaan dan sekaligus dapat mengawal selera makan anda. Jadi, kepada anda yang sedang berdiet, air minuman ini sangat sesuai untuk diamalkan kerana membantu mempercepatkan proses penurunan berat badan.

 

Kaedahnya, hiris sebatang timun, sebiji buah lemon dan sebiji limau nipis. Masukkan ketiga-tiga bahan ini ke dalam jag yang berisi 1 liter air. Boleh simpankan ia di dalam peti atau masukkan beberapa ketul kiub ais untuk lebih kesegaran.

Cara buat air detox

3. Limau nipis + buah oren + lemon

Sistem pertahanan dalam tubuh manusia sangat berguna bagi memastikan agar kita kekal sihat dan bertenaga untuk melakukan pelbagai aktiviti harian. Dengan adanya sistem imun yang kuat, ia dapat melindungi tubuh kita seterusnya terhindar dari pelbagai jenis penyakit. Gabungan rendaman air detox ini terhasil daripada 1/2 biji limau nipis, 1/2 biji buah oren dan 1/2 biji buah lemon yang diperahkan jusnya atau boleh juga dibiarkan terendam selama beberapa jam di dalam gelas yang berisi air kosong. Boleh juga ditambahkan 3 helai daun pudina jika suka. Amalan minum air ini bukan sahaja dapat meningkatkan sistem pertahanan tubuh malahan memudahkan sistem perncernaan dan membantu melegakan pedih ulu hati.

Cara buat air detox

4. Timun +  lemon + halia + daun pudina

Resipi air ini sangat membantu bagi mereka yang memiliki perut boroi atau buncit yang berhasrat untuk kempiskan perut. Resepi air ini sangat mudah untuk disediakan kerana bahan-bahannya juga senang diperolehi. Gabungan antara timun, lemon, halia dan daun pudina sangat bagus untuk mendapatkan perut yang menawan. Caranya, sediakan 1 jag air masak dan hiris sebatang timun, 1/2 biji lemon, 1/2 inci halia. Rendamkan kesemua bahan bersama segenggam daun pudina. Biarkan di dalam peti sejuk selama 2 hingga 3 jam sebelum nikmatinya ketika cuaca panas. Wah, kesegarannya sampai bergetar tulang rusuk.

Cara buat air detox

5. Epal merah + epal hijau + kulit kayu manis

Masukkan hirisan sebiji buah epal merah dan sebiji epal hijau dengan 1 batang kayu manis ke dalam jag yang berisi air. Sejukkan dalam peti ais selama 1 jam. Anda boleh menggunakan bahan ini berulang kali sehingga 4 kali. Campuran bahan-bahan ini dapat membantu mengurangkan lemak, menurunkan paras kolestrol dan meningkatkan kadar metabolisme.

Cara buat air detox

6. Strawberi + tembikai + daun pudina

Warnanya yang merah terang sudah tentu mampu memikat dan menaikkan hasrat anda untuk mencuba air detox hasil gabungan kedua-dua buah ini. Campurkan secawan strawberi bersama 5 hirisan tembikai yang dipotong kecil dan rendamkannya ke dalam 1 jag air. Untuk aroma yang lebih memikat, masukkan beberapa helai daun pudina. Sejukkan air minuman ini antara 4 hingga 6 jam di dalam peti sejuk dan nikmatinya pada bila-bila masa. Khasiat air detox ini berfungsi sebagai anti-radang dan mencantikkan kulit.

Cara buat air detox

7. Strawberi + limau nipis + timun + daun pudina

Penyediaannya mudah malah ia juga rendah kalori. Hanya belahkan 7 biji strawberi, kemudian hiriskan sebiji limau nipis dan 1/2 batang timun. Masukkan kesemuanya ke dalam jag yang berisi air. Letakkan beberapa kiub ais dan 5 helai daun pudina.

 

Strawberi terkenal dengan khasiat buahnya yang kaya dengan antioksidan, timun pula bersifat deuretik yang membantu dalam penyahidratan, manakala limau nipis adalah sangat baik yang bertindak sebagai agen anti-penuaan serta memulihkan kembali rambut, kulit dan kuku.

 

Amacam best tak resepi-resepi ari detox yang Abam Nas share ni? Terliur tak? Jom buat cepat. Fast action fast result kan. Lepas dah detox nanti boleh la start diet.

 

Diet yang Abam cadangkan ialah makan secara sihat dan betul. Kurangkan makan makanan berkabohidrat dan manis. Banyakkan makan protein dan sayur. Lepas tu jangan lupa buat senaman.

 

Abam cadangkan korang buat senaman tabata. Kalau tak tau camna nak buat senaman tabata boleh baca artikel ni panduan mudah senaman tabata.

 

 

Kebaikan detox untuk badan

Detox baik untuk badan

Kebaikan detox

Korang mesti pernah dengar pasal detox kan. Tau tak detox tu apa? Detox ni adalah proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

 

Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar. Antara fungsi detox pada tubuh adalah :

 

1.  Merangsang tenaga.

Detox akan buat badan kita lebih bertenaga. Detox menyebabkan kita kurang atau tidak ambil makanan punca toksin seperti lemak, gula, kafein dan sebagainya. Pengambilan makanan sihat memberi kita tenaga berpanjangan.

 

2. Menyingkirkan lebihan sisa buangan.

Walaupun kita sering membuang tapi pastikah kita ianya dibuang habis? Kebanyakan program detox dicipta untuk merangsang badan menyahtoksin secara sendiri, membantu hati, buah pinggang serta kolon untuk melakukan proses ini.

 

Membersihkan kolon adalah bahagian penting bagi proses detox kerana toksin ini perlu dikeluarkan daripada tubuh badan.

 

3. MENURUNKAN BERAT BADAN

Berat badan dapat dikurangkan jika mengamalkan diet detox dengan betul. Ia akan mengurangkan berat dalam jangka masa yang cepat.

Detox baik untuk badan

4. Sistem imun yang kuat.

Detox memberi peluang pada organ dalam badan kita berfungsi dengan baik. Secara tidak langsung ia akan membantu untuk memberikan imun badan "boost" pada badan. Ini membolehkan badan menyerap nutrisi dengan lebih baik termasuklah Vitamin C.

 

Kebanyakkan herba yang diambil semasa berdetox akan membantu sisem limpa dan ini memainkan peranan yang pening pada tubuh badan.

 

5. Kulit makin cantik.

Kulit adalah organ terbesar dalam badan. Jadi masuk akal jika dikatakan kulit akan mendapat manfaat daripada program detox ini. Satu cara untuk membantu program detox ialah bersauna untuk membantu badan mengelurkan peluh dan toksin yang berlebihan.

 

6. Pernafasan lebih baik.

Ada teori mengatakan bahawa satu satu penyumbang kepada mulut yang berbau adalah kolon. Apabila kita dapat membersihkan kolon dan membantu sisem pencernaan berfungsi dengan baik, kita akan mendapati pernafasan kita kembali ok.

Detox baik untuk badan

7. Bantu badan lebih sihat.

Jika kita ada ketagihan terhadap gula, kafein, makanan bergoreng, program detox boleh membantu menghilangkan ketagihan itu.

 

Selalumya jika kita cuba untuk berhenti ketagihan terhadap makanan atau minuman seperti ini, kita akan berdepan dengan keputusan yang tidak membanggakan dan kembali kepada tabiat yang lama.

 

Jika kita membersihkan tubuh dan menggantikan makanan itu dengan pilihan yang lebih sihat, kita mampu mengawal diri kita dan kemungkinan untuk lebih memilih habit yang baik untuk jangka masa panjang.

 

8. Rambut lebih sihat.

Pada masa kita melihat rambut kita, ia susah dirasakan mati kerana semua kesuburan berlaku bermula dari fosikel rambut. Ia adalah sebab kenapa penting untuk badan berfungsi pada potensinya mengikut proses detokx yang kerap dan ada strategi. Apabila rambut kita boleh tumbuh tanpa dipengaruh oleh toksik dalaman, kita akan rasa perbezaannya.

 

9.  Badan rasa lebih ringan.

Antara kelebihan detoks yang ialah rasa badan lebih ringan. Antara sebab kenapa ini terjadi ialah apabila kita mengikuti proses pembesihan kolon sebagai salah satu proses detok. Apabila kita berhenti daripada makan makanan yang meningkatkan berat badan dan menggantikan dengan makan yang lebih organik seperti buah-buahan dan sayur-sayuran, badan kita akan lebih ringan.

 

10. ANTI PENUAAN.

Toksin yang ada dalam badan adalah antara faktor penyumbang kepada proses penuaan. Jika kadar toksin dapat dikurangkan, kita akan kelihatan lebih muda dan sihat.

Kiss Kiss Matte Lipstick by Rashwealth

Kiss kiss matte lipstick

 

Memperkenalkan Kiss Kiss Matte Lipstick by Rashwealth. Kiss Kiss Matte lipstick diperkayakan dengan Argan Oil, Vitamin E dan Shea Butter. Argan Oil, Vitamin E dan Shea Butter berfungsi untuk merawat bibir yang merekah, kering dan rosak.

 

Kiss kis matte lipstick

Kebanyakan Lipstick Matte di pasaran tak tahan lama dan ada juga yang akan mengeringkan bibir. Kelebihan Kiss Kiss Matte lipstick ialah ianya lebih tahan lama, tak mengeringkan bibir malah dapat merawat bibir korang. Kiss Kiss Matte lipstick didatangkan dengan 6 kaler yang menarik iaitu Natural, Nude, Toffees, Chilli Garnet dan Berry.

 

Kiss kiss matte lipstick

Harga Kiss Kiss Matte Lipstick  cuma RM45 je. So korang boleh la pilih warna yang korang suka dan sesuai dengan bibir korang ye. Untuk maklumat lanjut korang boleh whatsapp nombor kat bawah ni. Nanti staff Abam akan bantu korang.

 

Abam Nas

017-5710071

Jenis-jenis kegemukan

Jenis-jenis kegemukan

Korang nak tau tak jenis-jenis kegemukan ni ada banyak tau. Gemuk boleh dibahagikan kepada 4 jenis iaitu gemuk air, gemuk angin, gemuk lemak dan gemuk daging. Gemuk macam mana pun korang itu tak penting yang penting korang tau camna cara nak turunkan berat dan pastikan semangat korang untuk turunkan berat tu sentiasa konsisten. Apa-apa pun jom kita kenali jenis-jenis kegemukan:

 

Jens-jenis kegemukan

Jenis Gemuk Air

Kategori ini disebabkan badan menyimpan kapasiti air yang tidak diperlukan oleh tubuh. Biasanya badan akan menggelembir dan lembik oleh kerana air yang berlebihan tadi. Bayangkan sebiji belon korang isikan dengan air, kemudian korang ramas-ramaskan. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita dalam kategori gemuk air.

 

Orang yang gemuk air juga lebih cepat letih dan mengah apabila melakukan aktiviti harian. Dan kalau timbang berat waktu pagi dan malam, akan ada perubahan 1-2 kg kurang atau lebih. Itu maknanya terdapat lebihan gumpalan air dalam badan. Kebanyakan yang mengalami gemuk air ni, anak dara baru kahwin ataupun ibu-ibu lepas bersalin. Biasanya tak susah sangat berat nak turun.

 

Jenis Gemuk Angin

Gemuk angin ni lebih kurang sama keadaannya macam gemuk air. Badan pun macam lembik-lembik bila dipicit. Tapi, selalu sendawa, perut kerap terasa sebu, mudah pening, loya dan lagi satu kerap kentut. Kategori yang ni pun agak mudah nak turun beratnya kalau kena cara.

 

Jenis Gemuk Lemak

Gemuk lemak boleh diumpamakan seperti kita masukkan bancuhan tepung dengan sedikit air ke dalam belon. Kemudian ramas-ramaskan belon tu. Begitulah keadaannya badan kita kalau kita gemuk lemak. Dan ada juga saya pernah terbaca,  orang kategori gemuk lemak ni sering berlaku kepada mereka yang mempunyai bentuk badan jenis bentuk epal.

 

Jenis Gemuk Daging

Kategori gemuk daging biasanya badan berasa berat dan pejal. Gemuk lemak terjadi kerana disebabkan masalah kegemukan yang terlalu lama terjadi contohnya dari kecil lagi memang badan jenis tembam dan debab.

 

Cara nak check, cuba pegang lengan tangan, lepas tu kalau rasa solid, pejal, tak menggeleber, itu boleh dikategorikan dalam gemuk daging. Kalau kategori ni, proses mengurangkan berat badan agak sukar kerana lemak sudah bergumpal dengan daging. Namun, tetap ada caranya. 

 

Dah tahu korang jenis gemuk yang mana? Kalau dah tahu, baguslah. Lebih mudah untuk kita mengenalpasti apa tindakan seterusnya yang perlu kita ambil untuk mengurangkan berat badan. Kalau korang nak cuba turunkan berat badan tapi malas nak keluar rumah boleh try panduan mudah senaman tabata ni. Semoga berjaya.

 

Abam Nas

017-5710071

Panduan mudah senaman Tabata

Panduan mudah senaman Tabata

Kali ni Abam nak share sikit info berkenaan panduan mudah senaman Tabata. Tabata ialah sejenis senaman High Intensity Interval Training (HIIT). Senaman ni telah diperkenalkan oleh Dr. Izumi Tabata seorang saintis dari Institut Kecergasan dan Sukan Kebangsaan (Institute of Fitness and Sports) di Tokyo, Jepun. Senaman jenis ni memang tengah famous sekarang ni. Kalau nak kurus korang boleh la try senaman ni.

 

Berdasarkan kajian Dr. Tabata ke atas dua kumpulan atlet mendapati senaman ini memberikan impak positif kepada sistem kesihatan kardiovaskular dan otot. Manakala, Dr. Michele Olson dari Amerika Syarikat menyatakan bahawa senaman Tabata akan membakar 13.5 kilokalori seminit dan meningkatkan kadar metabolisma badan dua kali ganda seseorang selama 30 minit selepas itu. 

(more…)